Kelas E-Learning – Quizizz

15 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 14 Jun 2024 telah diadakan satu kelas E-Learning – Quizizz yang telah di laksanakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz. Quizizz ini merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian yang menyediakan pelbagai soalan mengikut mata pelajaran yang di pelajari di sekolah. Kelas kali ini telah disertai oleh pelajar-pelajar daripada sekolah rendah. Apabila mereka telah berjaya log masuk ke laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan kuiz dengan menaip kata kunci di bahagian carian Perpustakaan Quizizz.

Pelbagai keputusan carian akan di paparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah di sediakan. Pada kelas kali ini, mereka diberikan latihan untuk menjawab soalan matematik. Mereka boleh memilih jawapan yang telah di sediakan. Jika jawapan mereka salah, jawapan yang betul akan di paparkan selepas itu. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini sebagai medium pembelajaran di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali